Makanan Ayam Kampung: Tips memilih yang berkualiti 2018




Dedak Warisan Makanan Ayam


Untuk penternak ayam kampung kacukan biasanya kerap menghadapi masalah dengan dedak atau makanan ayam. Selain harga yang semakin meningkat dan juga stok yang tidak menentu serta belum tahu makanan ayamkampung mana yang sesuai bagi ayam. Oleh itu untuk tahu makanan ayam yang kita beli berkualiti pastikan memenuhi syarat seperti berikut:


  1. Jenama tempatan atau luar negara yang sudah stabil.
  2. Sekurangnya mempunyai standard GMP atau sudah berdaftar dengan DVS.
  3. Pilih jenis makanan ayam antaranya Broiler, Starter atau Grower. 
  4.  Pastikan bungkusan masih tertutup dengan rapi dan sealed. Jangan beli dedak yang  bungkusannya atau sealed telah rosak kerana kemungkinan palsu atau dedak repack dengan kualiti yang tidak jelas.
  5. Perhatikan tarikh produksi dan tarikh luput telah ditulis (printed) terus pada bungkusan dan bukan tulisan tangan atau tampal sticker.


Apabila ada beberapa jenama yang memenuhi semua syarat diatas maka pilihlah dedak yang murah dengan stok yang paling stabil. Sebenarnya kebanyakan makanan ayam yang ada dipasaran saat ini tiada yang dibuat khas untuk ayam kampung kacuk. Jadi kualitinya tidak terlalu berbeza terhadap tumbesaran & performa ayam kampung.

Sebarang pertanyaan mengenai pemakanan ayam hubungi kami di talian 03-8940 1722.

Comments