Punca ayam tidak membesar mengikut kadar sepatutnya

Terdapat banyak sebab mengapa ayam ternakan lambat membesar mengikut kadar yang sepatutnya. Sebelum anda membuat keputusan terburu-buru atau mengambil sebarang tindakan perubahan, kenal pasti perkara-perkara berikut supaya anda dapat menyelesaikan masalah pembesaran ayam ternakan anda dengan lebih berkesan :

ayam kampung mardi
Baka ayam kampung mardi yang sihat dan membesar dengan baik.

  • Baka ayam yang tidak baik atau gred C. Ayam ini biasanya menetas selepas 21 hari atau dari induk yang tidak berkualiti seperti terlalu muda atau tua. Bukan sahaja saiznya kecil, walaupun diberi makanan yang baik, pembesaran ayam tersebut akan tetap lambat berbanding ayam lain.
  • Kemungkinan kecacingan. Cacing mampu membiak di dalam usus ayam dan bertindak sebagai parasit dan mengambil nutrisi yang makanan ayam yang dimakan. Oleh sebab itu, ayam membesar dengan perlahan atau semakin kurus!
  • Kemurungan dan ayam tidak selera makan. Apabila ayam dilanda penyakit seperti Coryza atau CRD, ayam akan bersifat murung dan tidak berselera untuk makan ataupun tidak cergas untuk "berebut-rebut" untuk makan. Ini menyebabkan kekurangan nutrisi yang cukup dan pembesaran ayam akan lebih terbantut.
  • Tempat makan tidak mencukupi. Ini kerasa, jika ayam berebut-rebut dan tempat makan tidak mencukupi, ayam yang kecil, tidak kuat atau sakit akan tidak dapat menjamah makanan ayam yang disediakan, apatah lagi jika makanan ayam yang disediakan sekadar mencukupi.
  • Mencampur ayam berlainan umur/saiz. Ayam berlainan saiz badan akan menyebabkan berlakunya buli-membuli dan apabila berebut makanan ayam, ayam kecil akan kalah dan tidak dapat makan.
  • Memberi salah jenis dedak. Memberi grower pada anak ayam
  • Ayam patuk bulu. Nutrisi ke bulu sebelum ke daging
  • Reban panas dan ayam terlalu banyak minum air
  • Kecederaan fizikal
  • Dedak tidak tidak berkualiti
  • Dedak expired


Comments