Makanan ayam yang baik mengandungi nutrisi yang mencukupi dan seimbang untuk tumbesaran anak ayam atau ayam dewasa. Selain karbohidrat, ia mestilah mengandungi nutrisi secara seimbang seperti protein, kalsium, fibre, ash, dan multivitamin yang lain. Protein yang tidak mencukupi atau fibre yang berlebihan akan menyebabkan tumbesaran ayam terbantut. Bagaimanapun, protein yang berlebihan bukan sahaja menyebabkan pembaziran (sumber protein adalah mahal), ia juga boleh menyebabkan pencernaan makanan ayam yang tidak sempurna dan kemungkinan membawa kemudaratan kepada ayam.
Selain itu protein berlebihan yang tidak tercerna boleh menyebabkan najis ayam berbau busuk, dan seterusnya boleh mengundang masalah penyakit lain. Anak ayam dan ayam dewasa juga mempunyai keperluan nutrisi yang berbeza. Contohnya, anak ayam memerlukan sumber protein yang lebih tinggi untuk membesar dengan kadar yang optimum. Kebiasaan 21-22% protein kasar manakala ayam dewasa hanya memerlukan protein sebanyak 18-19% sahaja. Anak ayam juga tidak boleh diberikan sumber fiber yang tinggi. Fibre yang sesuai kurang dari 4% untuk anak ayam dan 6% untuk ayam dewasa.
Dedak warisan telah dirumus khas sebagai makanan ayam untuk ayam kampung kacuk dan ayam kampung asli dan terbukti setanding dengan dedak komersial yang berada dipasaran. Untuk mendapatkan mauklumat lanjut boleh layari website http://marzuqbayu.com atau hubungi Marzuq Bayu Sdn. Bhd 03 89401722 & 016-602 4292
Selain itu protein berlebihan yang tidak tercerna boleh menyebabkan najis ayam berbau busuk, dan seterusnya boleh mengundang masalah penyakit lain. Anak ayam dan ayam dewasa juga mempunyai keperluan nutrisi yang berbeza. Contohnya, anak ayam memerlukan sumber protein yang lebih tinggi untuk membesar dengan kadar yang optimum. Kebiasaan 21-22% protein kasar manakala ayam dewasa hanya memerlukan protein sebanyak 18-19% sahaja. Anak ayam juga tidak boleh diberikan sumber fiber yang tinggi. Fibre yang sesuai kurang dari 4% untuk anak ayam dan 6% untuk ayam dewasa.
Comments
Post a Comment