Air merupakan salah satu keperluan ayam yang wajib dipenuhi
dengan baik. Ada 2 perkara yang mempengaruhi kualiti air, terdiri dari sumber
air minum yang digunakan (air tangka, air tadahan, air sungai dsb) serta sistem
pemberian air (termasuk alat yang digunakan). Namun kali ini kita akan
menceritakan tentang pengurusan air minum ayam berkaitan dengan pemilihan bekas
minum yang betul.
Bekas Minuman Ayam
Di pasaran ada berbagai jenis bekas minum ayam, mulai
dari bentuk galon, bell drinker, PVC (talang air), hingga nipple. Sistemnya pun
ada yang manual, semi automatik, automatik dan peternak bebas memilih jenis
yang sesuai, serta anggaran kos yang dimiliki. Serta bekas minum yang akan
digunakan tersebut harus dibuat dari
bahan yang tidak beracun, warna yang menarik bagi ayam, tahan terhadap panas,
mudah dibersihkan, dan tidak mudah pecah.
Berikut adalah jenis-jenis bekas minuman ayam :
- · Bekas minuman manual
Bekas minum ayam manual terdiri dari 2 bentuk, iaitu bentuk
galon dan PVC. Bekas minum ini memiliki kelebihan mudah dibersihkan dan kos
pemasangannya rendah.
Walaupun, dengan penggunaan bekas minuman ayam manual ini,
kebersihan air sukar untuk dijaga kerana ayam senang untuk mengotorkan bekas minum
dengan cemaran najis, sehingga penternak perlu membersihkan setiap hari.
Penternak juga harus mengisi air setiap kali air habis diminum ayam. Hal ini,
banyak menggunakan tenaga serta pembaziran air. Air minum juga berisiko untuk
tumpah oleh kerana aktiviti ayam di dalam reban sehingga boleh menyebabkan
reban basah dan kadar ammonia meningkat.
- · Bekas minuman semi automatik
Bekas minum jenis ini biasanya berbentuk bell drinker, di
mana bentuknya seperti galon atau lonceng dengan pinggan di bawah sebagai
penampung air, serta dilengkapi sistem pengeluaran air secara automatik. Kerana
air akan terisi secara automatik, maka kesegaran air tetap terjaga dan air akan
selalu tersedia untuk ayam. Daya tampung ayam dari bekas minum ini pun lebih
besar berbanding bekas minum manual.
Kelemahannya, masih tergolong system air minum terbuka, maka
air pada bekas minum bell drinker ini juga mudah kotor oleh cemaran najis. Jika
cara pemasangan juga tidak betul kebocoran akan terjadi sehingga air akan
mengalir terus-menerus dan tumpah membasahi reban. Bekas minum jenis ini juga
sukar untuk dibersihkan, terutama pada bahagian paip, sehingga perlu teknik
flushing (pengepaman dengan air bertekanan) minimum seminggu sekali.
- · Bekas minuman automatik
Nipple drinker merupakan bekas minum yang moden kerana
memiliki sistem automatic atau sistem tertutup. Bekas minuman nipple drinker
ini boleh digunakan dari ayam kecil (DOC) hingga dewasa. Penternak disyorkan
menggunakan bekas minum jenis ini. Pencemaran air pada bekas minum nipple jauh
lebih rendah berbanding bekas minum manual atau semi automatik, air tetap segar
dan bersih. Pembaziran air dan juga tenaga kerja berkurang.
Selain itu, bekas minum nipple memberi keuntungan agar tidak
perlu dibersihkan setiap hari. Namun dari sisi kelemahan kos untuk pembelian
serta pemasangan tinggi sedikit berbanding bekas minuman yang lain. Juga cara
pembersihan agak rumit kerana memerlukan teknik flushing yang rutin minimum
seminggu sekali.
Kelemahannya, masih tergolong system air minum terbuka, maka
air pada bekas minum belldrinker ini juga mudah kotor oleh cemaran najis. Jika
cara pemasangan juga tidak betul kebocoran akan terjadi sehingga air akan
mengalir terus-menerus dan tumpah membasahi reban. Bekas minum jenis ini juga
sukar untuk dibersihkan, terutama pada bahagian paip, sehingga perlu teknik
flushing (pengepaman dengan air bertekanan) minimum seminggu sekali.
Comments
Post a Comment